Khamis, 14 Januari 2010
home facial service
anda malas @ tidak sempat untuk ke salun? mudah sahaja! dapatkan khidmat facial di rumah anda sendiri! lebih selesa, jimat minyak, jimat masa, bukan? hanya RM 30 untuk sesi selama 2 jam! terhad untuk sekitar jempol, jelebu & kuala pilah sahaja! hubungi izan (019 6537639) untuk keterangan lanjut!
Khamis, 29 Oktober 2009
Dia...
tak pernah kusangka
dia yang suatu saat dulu
teman bertikam lidahku
sering mengusik mengundang jelingku
kini wajahnya selalu kurindu
tak pernah kuduga
aku dulu selalu bersahaja di matanya
beraksi tanpa ragu
ketawa tanpa malu
namun
ukhwah yang terjalin kini
lebih suci dan murni
menyulam nuansa rasa
meninta ria menggambar bahagia
benarlah
suratan-Nya ibarat hitam dalam kelam
sukar digapai erti
sedang hati dirobek pilu
hingga jiwa direntas sendu
sungguh
hadirnya satu kurnia
ikhlas menyayangi
setia menemani
jujur menasihati
sabarnya menggebukan kasih
tenangnya melerai duka
dia Adam istimewa
sepinya bukan tanda lemah
senyumnya lekas meluntur gundah
tuturnya lembut tanpa amarah
menuntas khilafku penuh hemah
betapa aku membilang hari
menantikan saat bahagia
menjadi kekasih sejatinya
melahirkan zuriat tanda cinta
harapanku biarlah bertemu akhirnya
dibawah payung restu
disinari lembayung redha-Mu
19 Oktober 08/ IPKB
teori semantik
Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.
Kempson (1991:2) telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan sebahagian daripada teori linguistik am. Teori-teori tersebut termasuklah seperti Teori Imejan, Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen dan Teori Logik Simbolik.
Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan kepadaan, satu-satu teori semantik itu mestilah memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu :
i) Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut.
ii) Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, samada perkataan atau ayat.
iii) Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan antara ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti member huraian yang agak jelas hubungan sinonim, perangkuman logik, penaabiran, pertentangan dan sebagainya.
Mana-mana teori yang gagal menepati ketiga-tiga syarat di atas, samada antaranya atau semuanya sekali, pastilah tidak memadai samada dari segi prinsipnya atau pada bahagian tertentu teori itu (Kempson 1991:3-5).
a) Teori Imejan
Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional. Mereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca akan dapat ditafsirkan secara automatik oleh fikiran masing-masing.
Teori yang juga dikenali sebagai Teori Imej Makna ini didefinisikan sebagai imej makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau perkara disebut. Dalam erti kata lain, makna kata dihuraikan berdasarkan gambaran yang ada dalam fikiran seseorang. Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan ditafsir sehingga memberi makna yang abstrak
Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidak menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat. Hal ini bergantung kepada keluasan pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh individu itu sendiri. Justeru, kekurangan teori ini adalah imej yang tergambar dalam fikiran seseorang itu betul atau salah. Individu itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapan atau pun dalam situasi yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yang berkongsi imej yang sama. Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.
Misalnya frasa ‘bunga di jambangan’. Farid yang kurang membaca dan tinggal di kawasan pedalaman mungkin hanya memahami frasa ini sebagai beberapa kuntum bunga di dalam pasu yang dijadikan sebagai hiasan di atas meja. Sebaliknya bagi Asiah yang rajin menelaah buku dan majalah mungkin memahami bahawa frasa itu mempunyai dua maksud, iaitu bunga hiasan dan anak gadis yang diibaratkan seperti bunga dalam masyarakat Melayu.
Contoh kedua ialah ‘tok mudim’. Bagi golongan orang dewasa khususnya pada zaman dahulu, tok mudim ini dihormati kerana jasanya mengkhatankan anak-anak kecil di kampung. Khidmat yang diberikan kepada masyarakat setempat ini amat dihargai kerana kemudahan pada zaman itu adalah sukar didapati dan bayaran yang dikenakan untuk berkhatan di klinik kebanyakannya di luar kemampuan masyarakat.
Situasi yang berbeza berlaku jika panggilan ‘tok mudim’ ini disebut kepada kanak-kanak lelaki. Semerta, akan terbayanglah dalam fikiran mereka imej lelaki tua yang mempunyai raut wajah yang garang, dihiasi misai lebat dan melingkung di hujungnya sambil memegang pisau yang tajam berkilat. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila terjadi kes kanak-kanak yang bakal berkhatan menghilangkan diri apabila masa untuk upacara itu sudah tiba.
b)Teori Behaviorisme
Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Bahasa dianggap wujud hasil daripada operasi rangsangan (R) dan gerak balas/stimulus (S) ini.
Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Dalam bidang semantik pula, Leonard Bloomfield (1933) menggunakan teori ini dengan cara menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan dan jika tidak ia hanya akan dianggap sebagai andaian sahaja. Dalam erti kata lain,individu akan dapat menggunakan dan membezakan perkataan yang digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas yang diberi oleh orang lain kepadanya.
Empat ciri umum teori behaviorisme ialah menolak konsep mentalisme yang mengkaji pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan, mempercayai bahawa tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan, tingkah laku manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi dan perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas.
Menurut teori ini, makna merupakan bentuk tindak balas yang terhasil daripada rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang berlangsung antara mereka. Rangsangan tersebut berlaku samada melalui proses perkaitan antara proses mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran.
Osgood (1980) telah menjalankan kajian semantik yang lebih menekankan proses penutur menghasilkan ujaran dan tindak balas pendengar untuk memahami ujaran tersebut. Hal ini bermaksud perlu wujudnya situasi saling memahami makna yang sama bagi kata-kata yang digunakan.
Contohnya seseorang itu akan marah jika dikatakan ‘Engkau lambat seperti siput” kerana dia mampu mengaitkan makna kata ‘lambat seperti siput’ itu dengan ciri haiwan ‘siput’ yang dimaksudkan. Sebaliknya, kita tidak menggunakan ujaran ‘Engkau lambat seperti kumbang’ kerana makna kata ‘lambat seperti kumbang’ itu tidak dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat haiwan yang dimaksudkan.
Contoh mudah lain adalah “Emak, saya lapar. Nak makan’’ kata Hafiz. Hafiz yang berasa lapar meminta makanan daripada emaknya. Lapar ialah rangsangan, manakala perbuatan meminta makanan daripada emak ialah gerak balasnya. Kedua-dua unsur ini didapati berturutan. Justeru, adalah dapat disimpulkan di sini bahawa hubungan operasi R-------------S ini adalah mampu menghuraikan makna ujaran dalam aspek semantik.
c) Teori Analisis Komponen
Teori ini menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain. Hubungan ini dikenali sebagai struktur leksikal. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen-komponen yang kompleks. Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Secara ringkasnya teori ini digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan/ujaran. Di samping itu teori ini turut menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan. Misalnya teruna – dara dan suami – isteri.
Antara perkara yang diperhatikan dalam mengkaji makna melalui teori ini ialah melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan, melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain dan melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk memperlihatkan elemen semantik dalam ayat, iaitu yang pertama ialah dengan menganalisis komponen kata yang diberikan, misalnya ‘bunga’. Huraian boleh dilihat dalam rajah di bawah:
Analisis komponen bagi kata ‘bunga’
Kata ‘bunga’ telah dianalisis komponennya sehingga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu berduri dan tidak berduri. Bunga berduri mempunyai ciri-ciri seperti berbatang keras dan daunnya lebar. Bunga mawar adalah contoh bunga jenis ini. Manakala untuk jenis bunga tidak berduri, antara ciri-cirinya termasuklah berbatang kecil dan lembut, misalnya bunga kekwa dan bunga orkid.
Cara kedua untuk mengenal pasti kewujudan elemen semantik ialah dengan melakukan analisis fitur atau ciri semantik. Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Tanda (+) dan (-) digunakan dalam analisis ini. Tanda (+) bermaksud ciri tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, manakala tanda (-) pula membawa makna kata itu tidak mempunyai ciri itu. Contoh perkataan seperti ‘makanan’ boleh dianalisis fiturnya seperti berikut :
Nasi Aiskrim Buah-buahan Sayur-sayuran
+ berkhasiat - berkhasiat + berkhasiat + berkhasiat
- lemak + lemak - lemak - lemak
+ tenaga - tenaga + tenaga + tenaga
Analisis fitur semantik bagi kata ‘makanan’.
Huraiannya ialah nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai khasiat dan memberi tenaga, tetapi tidak mengandungi lemak. Sebaliknya aiskrim merupakan hidangan yang tidak mempunyai khasiat atau pun tenaga, bahkan mengandungi lemak yang boleh menjejaskan kesihatan badan.
Analisis terperinci sedemikian memberikan faedah kepada pengguna bahasa kerana dapat membantu memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan makna rujukan. Setelah mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu juga dapat membantu kita memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau sesuatu ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan.
Bagaimanapun antara kekurangan teori ini termasuklah memerlukan proses yang panjang untuk menghuraikan sesuatu makna, makna dianalisis pada peringkat perkataan,bukannya ayat, sukar menentukan komponen-komponen semantik yang khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan dan sering terikat dengan hiponim.
d) Teori Logik Simbolik
Teori yang juga dikenali sebagai Analisis Logik atau Analisis Linguistik ini adalah lebih lengkap dan menyeluruh jika dibandingkan dengan ketiga-tiga teori sebelumnya. Hal ini adalah kerana teori ini cuba mengkaji makna bukan sahaja dari peringkat perkataan, malahan juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada tanggapan yang mereka terima mengenai sesuatu perkataan. Bahasa menurut definisi teori ini ialah sejenis sistem lambang.
Menurut teori ini, ciri-ciri situasi dan tingkah laku yang mengiringi bahasa adalah sebahagian makna perkataan itu. Takrif makna seperti ini adalah takrif fungsional. Ia adalah pendekatan yang lebih berkesan untuk mengkaji makna kerana ia mengambil kira proses bagaimana sesuatu perkara itu mendapat maknanya. Teori logik simbolik mengatakan sesuatu perkataan memperoleh maknanya melalui apa yang disebut dengan istilah keperihalan keadaan atau konteks situasi yang wujud semasa perkataan itu digunakan. Kajian makna yang mengutamakan tingkah laku melihat bahasa sebagai sejenis tingkah laku. Oleh itu, bagi teori ini, bahasa bukan setakat petunjuk apa yang ada dalam fikiran manusia semata-mata.
Terdapat tiga sub bahagian dalam kajian yang diteliti oleh teori ini, iaitu semantik, sintaktik dan pragmatik. Semantik dalam teori ini didefinisikan sebagai kajian tentang hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan sebagai hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda tidak terhad bilangannya di dalam sesuatu bahasa kerana sesuatu lambang itu mewakili sekumpulan benda atau pun peristiwa yang mempunyai persamaan antara satu dengan lain. Manakala simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda yang mempunyai persamaan.
Sintaktik pula merupakan bidang kajian yang mengkaji hubungan di antara perkataan dengan perkataan lain untuk menentukan makna. Makna sesuatu ayat bukan hanya diperoleh dengan mencampurkan makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam ayat itu. Sebaliknya, makna ayat juga bergantung kepada susunan perkataan dalam ayat. Contohnya istilah ‘orang kecil’ boleh membawa maksud orang yang saiz badannya kecil atau juga orang yang berpangkat rendah atau biasa sahaja. Selain itu misalan seperti rantai tangan dengan tangan rantai, itik telur dengan telur itik dan Korea Selatan dengan Selatan Korea mempunyai tafsiran yang berbeza.
Manakala pragmatik pula ialah bidang kajian yang mengkaji hubungan antara lambang dengan tingkah laku. Jika dibandingkan dengan kedua-dua sub bahagian teori Logik Simbolik di atas, pragmatik didapati lebih menarik kerana dalam proses komunikasi, makna dalam sesuatu perkataan itu dinilai daripada sudut adakah makna itu sampai kepada penerimanya atau tidak. Justeru, kajian makna jenis ini bergantung kepada bagaimana perkataan menyebabkan manusia bertindak balas melalui tingkah laku.
Contohnya seperti panggilan perempuan, wanita dan betina. Wanita ialah perkataan paling manis untuk seorang perempuan, manakala betina ialah panggilan untuk seorang perempuan yang rendah akhlaknya. Ketiga-tiga panggilan ini merujuk kepada makna yang sama, iaitu seseorang yang mempunyai jantina perempuan. Bagaimanapun, konteks keadaan individu itu mempengaruhi cara ia dipanggil. Reaksi yang diberi tentulah berbeza-beza apabila dipanggil sebagai wanita, perempuan atau betina.
Tamsilan seterusnya ialah perkataan yang mempunyai unsur keagamaan seperti babi. Bagi masyarakat bukan Islam, haiwan ini tidak diharamkan dalam agama mereka. Bagaimanapun hal yang sebaliknya berlaku dalam masyarakat Islam kerana haiwan itu adalah dilarang sama sekali untuk disentuh, apatah lagi dijadikan makanan. Oleh yang demikian, adalah lebih elok dan sopan jika ia disebut sebagai khinzir sahaja. Selain itu perkataan ‘jamban’ yang merujuk kepada tempat membuang air adalah lebih sopan disebut sebagai tandas atau bilik air.
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Sebelum sesuatu ujian hendak dibina, satu jadual penentu ujian mestilah dibentuk terlebih dahulu. Jadual ini dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU merupakan satu pelan ujian atau kerangka bagi satu ujian yang berkenaan. Disamping itu ia juga disebut sebagai test blue print khas untuk sesuatu situasi yang dibina bagi sesuatu kelas. Bagaimanapun JPU dibina hanya setelah pembina ujian menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina.
2.0 KONSEP JSU
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
3.0 FUNGSI JSU
Fungsi utama pembinaan JSU adalah untuk :
☺ mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan
☺ menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian
☺ menjadi garis panduan kepada penggubal soalan
☺ membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain
☺ menentukan pemberatan terhadap bidang/topik tertentu
☺ membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain
☺ menyelaras aras kesukaran ujian
☺ menstabilkan taraf dan mutu ujian
4.0 KEPENTINGAN JSU
• kertas ujian dapat digubal secara sistematik
• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain.
5.0 CIRI-CIRI JSU
Ciri-ciri utama JSU ialah :
penentuan tajuk
aras kemahiran yang hendak diuji
paksi menegak adalah tajuk atau isi pengajaran
paksi mendatar adalah kemahiran atau konstruk, bilangan soalan, dan menentukan kesahan setiap ujian
6.0 PENGGUNAAN TAKSONOMI BLOOM DALAM JSU
Biasanya JPU dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) iaitu berdasarkan kepada domain kognitif yang disusun mengikut hierarki yang mengandungi enam aras kesukaran iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pun begitu bagi mata pelajaran pendidikan moral JPU dibuat berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan pendidikan moral iaitu pemupukan nilai, bertimbang rasa, rasional, tindakan sosial, perkembangan moral kognitif, penjelasan nilai dan analisis nilai.
Aras kemahiran domain kognitif Contoh kata tugas yang boleh digunakan
i. Pengetahuan
Mengingat kembali Takrifkan Padankan
Perihalkan Namakan Lakarkan
Kenal pasti Nyatakan Tuliskan
Labelkan Lukiskan Senaraikan
ii. Kefahaman
Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain, mentafsir bahan atau idea dan merangkakan trend masa depan Ubahkan Anggarkan Buat Inferens
Anggarkan Terangkan Hubungkaitkan
Tukarkan Cirikan Banding bezakan
Berikan contoh Tambahkan Kelaskan
Ukur Ramalkan Sukat
iii. Aplikasi
Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit Kirakan Hitungkan Tunjuk cara
Jelaskan dengan contoh Ubahsuai
iv. Analisis
Mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen
Cerakinkan Jelaskan melalui contoh Pilih
Huraikan Kawal pemboleh ubah Asingkan
Kesimpulan Susun mengikut keutamaan
Buat urutan Buat andaian
Selesaikan masalah
v. Sintesis
Menggabungkan komponen-komponen untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif Gabungkan Buat eksperimen Rancangkan
Ringkaskan Buat analogi Binakan
Rangkakan Buat reka cipta Konsepsikan
Buat gambaran mental Reka bentukkan
vi. Penilaian
Menilai idea/bahan/maklumat/kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik untuk tujuan tertentu Taksirkan Wajarkan Buat keputusan
Tafsirkan Sokong Kritik
Kesan kecondongan
6.0 PROSEDUR PEMBINAAN JSU
Dalam pembinaan JPU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu (1) mengkaji sukatan pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4) menentukan bilangan soalan.
perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah
a) Sejarah perkembangan
•Bermula sejak 500 SM
•Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam
•Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan
•“ Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk, tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan, maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan ” – (O.Jespersen, 1959)
b) Tokoh
- Plato (427-437 SM)
•Karya : Crystalus
•Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat
•Ayat ialah ‘logos’ yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna
•‘Logos’ terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita)
•Membezakan kata nama dan kata kerja
•Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik)
-Aristotle (384 – 322 SM)
•memperkenalkan kata hubung dan sistem kala ‘tense’ (past tense, present tense)
-Kaum Stoik
•membezakan antara bentuk dan makna
•pembahagian kata : kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel (kata nama khas, kata ganti nama)
•memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Ingeris (go:went:gone)
•memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif, dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif
c)Kelebihan
•pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik
•menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam
d)Kekurangan
•menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi, jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya bahasa itu dianggap tetap, tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki.
2) Zaman Iskandariah
a) Sejarah perkembangan
Merupakan salah satu tanah jajahan Yunani
Sejak abad ke-3 telah berkembang menjadi pusat penyelidikan sastera dan linguistik
Melanjutkan usaha sarjana Yunani
Pengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Malus pada 167 SM
Kemudian dikembangkan oleh Derrentusvaro dalam karyanya ‘De Lingua Latina’
Percaya bahawa bahasa yang dicatatkan dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni berbanding dengan bahasa koloquil mereka sehari-hari
Menumpukan kepada bahasa bertulis berbanding lisan
Melanjutkan usaha ahli tatabahasa kaum Stoik
b) Tokoh
a) Dionysius Thrax
karya : Techne Grammatike
mengkaji berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisinya
mengajar di Rhodes dan Rom
asas tatabahasa dalam Techne Grammatike menjadi asas penulisan buku tatabahasa Eropah kini
menggolongkan kata kepada 8 : kata nama, ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata sendi, kata partikel dan kata seru
dalam bidang fonetik beliau membezakan maksud bunyi dengan maksud bentuk
bunyi digolongkan menurut prinsip-prinsip sebutan
membezakan bunyi ‘r’ dengan ‘l’
dalam bidang sintaksis beliau mentafsirkan ayat sebagai unit deskriptif yang terdiri daripada urutan perkataan yang mempunyai maksud lengkap
c)Kelebihan
•berkembang sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik sejak abad ke-3
d)Kelemahan
••kerja-kerja mencari asal teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan di dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni
•menumpukan kajian terhadap bahasa bertulis sahaja. Tiada usaha untuk membezakan secara tetap antara bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi itu
3) Zaman Rom
a) Sejarah perkembangan
Tidak banyak menghasilkan karya asli, sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baik
Masyarakat Rom banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle
Pengaruh sarjana Iskandariah dan kaum Stoik misalnya boleh dilihat dengan jelas dalam karya M.T.Varro yang mengkaji bahasa Latin
Sarjana Rom meniru model Yunani dari segi pandangan dan andaian terhadap bahasa serta aspek lain yang lebih halus dalam bahasa
Terdapat persamaan antara bahasa Yunani dan Latin iaitu beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor dan sistem kala dikatakan sebagai ciri-ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia
b)Tokoh
a) Appolonius Discollus
☺mengkaji bidang sintaksis berpandukan bahan dalam Techne Grammatike dan penulis terdahulu berkaitan sintaksis
☺menambahbaik huraian Thrax
☺menghurai sintaksis berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, disamping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kata nama dan kata kerja tadi
☺berusaha menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja
☺juga merupakan ahli tatabahasa tradisional yang benar-benar menyedari hakikat penggolongan perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian
b) M.T.Varro (116-27 SM)
☺hidup sezaman dengan Thrax
☺cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalah linguistik beliau dianggap ahli tatabahasa palinh tulen dalam kalangan sarjana bahasa Latin
☺pemikirannya banyak terpengaruh dengan pegangan kaum Stoik
☺berpendapat bahawa bahasa hádala seragam
☺mengkaji bentuk fleksi dan bentuk terbitan
☺dalam bidang morfologi, beliau telah menghurai beberapa kategori tatabahasa tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani terdahulu
c) Priscian (500 TM)
☺karya : Instituciones Grammaticae
☺lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat
☺melanjutkan usaha Thrax dan Appolonius
☺bidang fonetik : penjenisan bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan
☺bidang morfologi : pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan (bagaimanapun kurang memuaskan berbanding kajian oleh Varro)
c)Kelebihan
•menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin
•karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini
d)Kelemahan
• hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah
• cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro)
• penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten, kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik
Selamat membaca! :)
Isnin, 15 Jun 2009
wangian unggul one drop perfumes
EGYPTION POTION MEMBAWAKAN ANDA HARUMAN ISTIMEWA....
ONE DROP PERFUMES!!!
6 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MEMILIKI ONE DROP PERFUMES :
i) Baunya tahan lama
- terutamanya jika dicalit pada pakaian.
ii)Pati minyak wangi tanpa campuran alkohol dan air
- boleh dibawa sembahyang.
iii) Diinspirasikan dari jenama antarabangsa
- contohnya : Polo, Hugo, Mariah Carey, Paris Hilton
iv)8 Jenis wangian berlainan dalam setiap kotak.
- menjimatkan wang
- boleh memilih bauan mengikut 'mood'
v)Penggunaan botol 'Miniature Roll On' yang mudah dibawa.
- mudah untuk dibawa kerana saiz botolnya kecil
- boleh diletakkan di dalam beg duit, poket dan beg tangan
vi)Lebih 50 kali penggunaan setiap botol.
- memang sangat berbaloi!
APA KELEBIHAN BERURUSAN DENGAN KAMI?
1. DAPAT SEBOTOL PERCUMA LAGI!
2. DISKAUN ISTIMEWA UNTUK BELIAN BERULANG @ SECARA BORONG!
3. PENGHANTARAN SEGERA, KEMAS & SELAMAT!
DAPATKAN SEBOTOL PERCUMA DENGAN PEMBELIAN SETIAP SET WANGIAN ONE DROP PERFUMES!CEPAT!TERHAD KEPADA 99 ORANG SAHAJA!!!!
2 CARA PEMBELIAN :
1. UNTUK PEMBELIAN SECARA TERUS (BY HAND)
KAWASAN : 1. KOTA BHARU (PENGKALAN CHEPA)
2. NEGERI SEMBILAN (JEMPOL, SEREMBAN & REMBAU)
HARGA : SET BIASA : RM 39
SET CELEBRITY : RM 44
2. UNTUK PEMBELIAN SECARA ONLINE & POS
SET UNTUK WANITA !!!
SET 1 (HIJAU) RM38
1) Escape-Calvin Klein
2) Romance-Ralph Louren
3) Pleasure-Estee Lauder
4) Still-Jennifer Lopez
5) For Her-Narciso Rodriguez
6) Baby Doll- Yves Saint Lauren
7) Cool Water for Women -Davidoff
8) Apple Blossom-Body Shop.
Set 2 (UNGU) : RM 38
1. Inspired by Tresor, Lancome
2. Inspired by Envy, Gucci
3. Inspired by Heaven, One Drop Perfumes
4. Inspired by Eternity for Women, Calvin Klein
5. Inspired by Gloria, Cacharel
6. Inspired by Miracle, Lancome
7. Inspired by J'adore, Dior
8. Inspired by Intense, Hugo Boss
Set 3 (MAROON) RM 38
1. Inspired by CK Be, Calvin Klein
2. Inspired by No.5, Chanel
3. Inspired by Light Blue, Dolce & Gabbana
4. Inspired by Vanilla Musk, Coty
5. Inspired by Sunflower, Elizabeth Arden
6. Inspired by Women Boss, Hugo Boss
7. Inspired by Palace, Paris Hilton
8. Inspired by Poeme, Lancome
Set 4 (MERAH) : RM 38
1. Inspired by Coco Mademoiselle, Chanel
2. Inspired by Aqua di Gio (Women), Giorgio Armani
3. Inspired by Lolita Lempicka, Lolita Lempicka
4. Inspired by Baby Jesz, One Drop
5. Inspired by Gold, Amouage
6. Inspired by Montana "Parfum de Peau", Montana
7. Inspired by Yohji, Yohji Yamamoto
8. Inspired by Amarige, Givenchy
Set 5 (PUTIH) : RM 38
Inspired by Fairy Dust, Paris Hilton
Inspired by Flower, Kenzo
Inspired by Eau De, Givenchy
Inspired by Magnifique, Lancome
Inspired by Gardenia, Elizabeth Taylor
Inspired by Madame, Jean Paul Gaultier
Inspired by Pure Poison, Christian Dior
Inspired by Midnight Fantasy, Britney Spears
SET 6 Celebrities' Special : RM 43
1. Inspired by M, Mariah Carey
2. Inspired by Lovely, Sarah Jessica Parker
3. Inspired by Curious, Britney Spears
4. Inspired by Kate, Kate Moss
5. Inspired by Show Time, Kylie Minoque
6. Inspired by Paris Hilton, Paris Hilton
7. Inspired by Black Pearl, Elizabeth Taylor
8. Inspired by Glow, Jennifer Lopez
SET UNTUK LELAKI!!!
Set 1 (BIRU) : RM 38
1. Inspired by Blue Jeans, Versace
2. Inspired by CK One, Calvin Klein
3. Inspired by Eternity, Calvin Klein
4. Inspired by Polo Sport, Ralph Lauren
5. Inspired by Acqua di Gio, Calvin Klein
6. Inspired by Issey Miyaki, Issey Miyaki
7. Inspired by Hugo Men, Hugo Boss
8. Inspired by Pour Homme, Paco Rabbane
Set 2 (OREN) : RM38
1. Inspired by Boss Signature, Hugo Boss
2. Inspired by Tuscany per Uomo, Aramis
3. Inspired by Cool Water, Davidoff
4. Inspired by Drakkar Noir, Guy Laroche
5. Inspired by L'Eau d'lssey pour Homme, Issey Miyake
6. Inspired by Allure Pour Homme, Chanel
7. Inspired by Le Male, J.P. Gaultier
8. Inspired by Pleasures for Men, Estee Lauder
MEN Celebrities' Special : RM 43
1. Inspired by Instinct, David Beckham
2. Inspired by Unforgivable, Sean John
3. Inspired by True Star, Enrique Iglesias
4. Inspired by Jordan, Michael Jordan
5. Inspired by Adventure, Ewan McGregor
6. Inspired by Life, Adre Agassi
7. Inspired by Blue Seduction, Antonio Banderas
8. Inspired by He, Usher
BERMINAT?HANYA DENGAN MENGIKUTI LANGKAH MUDAH SEPERTI DI BAWAH, WANGIAN UNGGUL INI AKAN MENJADI MILIK ANDA...BESERTA SATU BOTOL PERCUMA!!!
1550 3232 8955 (MYBANK)
MUNAUWARAH BT SAAMIN
2. SMS DATA KEPADA 014-8406465
CTH : ain bt kamal 54,tmn emas,72300,seremban,negeri sembilan 4.10ptg RM45 set 1(W)
SMS KE 014-8406465 (MOON) UNTUK KETERANGAN LANJUT
Rabu, 10 Jun 2009
fc biosanitary pad by avail beauty
Avail Beauty Sdn. Bhd. Malaysia memperkenalkan anda satu konsep yang terbaru, iaitu FC Bio Sanitary Pad yang diperbuat daripada ramuan herba semulajadi. FC Bio Sanitary Pad yang bermutu ini diperbuat daripada:
-Bahan mentah yang berkualiti dan selamat
-Tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin atau bahan-bahan lain yang merbahaya.
-100% Liputan Kapas
Ia adalah rakan sebaya para wanita yang meneman anda melalui sepanjang masa keemasan anda. FC Bio Sanitary Pad pastinya pilihan utama para wanita yang mengejar kesihatan dan kesejahteraan!
Fungsi dan Kelebihannya
-Mencegah senggugut
-Mengawalatur kitaran haid
-Mencegah buasir
-Membuangkan angin perut
-Menghilangkan bau
-Membuang darah beku di rahim
-Mencegah keradangan dan membasmi kuman
-Mengurangkan keputihan, kekuningan dan kegatalan faraj
-Menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim
Tuala Wanita Kapas Lembut Pantiliners (20 pads) = RM 10.00 SAHAJA!
Menyerap buangan dengan efektif, rasa bersih dan segar semasa.
Perasaan selesa dan lembut semasa tempoh haid tidak aktif .
Tuala Wanita, Kegunaan Hari , Permukaan Kapas Lembut (10 pads) = RM 11.00 SAHAJA!
Diperkayakan dengan gel untuk penyerapan berdalir yang lebih kuat dan penyimpanan.
Rekaan unik bagi mengelakkan kebocoran tepi lekok panjang, untuk penegahan kebocoran yang efektif, selamat dan dipercayai.
Tuala Wanita, Kegunaan Malam , Permukaan Kapas Lembut (10 pads) = RM 12.00 SAHAJA!
Diperkayakan dengan gel untuk penyerapan berdalir yang lebih kuat dan penyimpanan.
Pengawalan punggung yang lebih panjang dan luas, rekaan unik berbentuk kapas bahagian belakang dan tepi bagi pencegahan kebocoran lekuk panjang untuk pencengahan kebocoran yang efektif serta penyediaan secukupnya alas tutup, selamat dan dipercayai.
Reka Bentuk FC Bio Sanitary Pad
Ramuan Utama and Kelebihan FC Bio Sanitary Pad
5 Ramuan Utama FC Bio Sanitary Pad:
i) Mai Fang stone (Talcum)Menghilangkan bau, membasmi kuman dan mencegah jangkitan kuman.
ii) Peppermint (Menthae Herb)Membuang angin perut, mengurangkan kepanasan, mencegah kegatalan, menahan sakit dan mengurangkan rasa tidak ketidakselesaan ketika haid. Sentiasa berasa selesa dan dingin.
iii) Ming Fang (Alumen)Menyingkirkan toksik, mencegah jangkitan kuman, mencegah kegatalan, membuang angin perut, menghentikan darah, menyingkirkan darah beku dalam rahim.
iv) Bing Pian (Borneol)Mengurangkan kesakitan dan tekanan ketika haid, mengurangkan kesakitan otot dan sendi, membantu menyingkirkan darah beku, mencegah pembiakan kuman.
v) Kuai Mu You (Agrilariae lignum)Mencegah penyakit kulit, membantu peredaran darah dan melegakan kesakitan bahagian pinggang dan belakang. Kuai Mu You mengandungi Phytoncide yang membantu menstabilkan emosi.
Sudut Persoalan FC Bio Sanitary Pad
1. Bolehkah FC Bio Sanitary Pad dipercayai ?
Ya. FC Bio Sanitary Pad memang selamat digunakan. Ia dirumuskan dengan 17 jenis ramuan herba asli semulajadi yang istimewa dan mempunyai jaminan insuran bernilai 3 juta ringgit Malaysia.
2. Bolehkah wanita yang hamil menggunakan FC Bio Sanitary Pad?
Keadaan setiap wanita yang hamil adalah berbeza, jadi mereka tidak digalakkan menggunakan FC Bio Sanitary Pad.
3. Haid saya baru berakhir, tetapi kenapa cairan merah tua terhasil selepas menggunakan FC Bio Sanitary Pad, adakah haid datang semula?
FC Bio Sanitary Pad membantu membuang darah haid yang tertinggal dalam rahim, jadi terhasilah cairan merah tua. Ini adalah fenomena yang sihat.
4. Kenapa saya perlu meneruskan penggunaan FC Bio Sanitary Pad walaupun saya tidak merasai apa-apa tindakbalas?
Mereka yang sihat memang tiada tindakbalas pemulihan. FC Bio Sanitary Pad adalah tuala wanita yang berkualiti, bahan mentahnya dijamin selamat, tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin dan bahan karsinogen merbahaya yang lain. Ia berfaedah bagi penggunaan jangka masa yang panjang kerana ia membantu mencegah jangkitan, membasmi kuman, menghilangkan bau, mencegah kegatalan dan memberi perasaan selesa dan dingin.
5. Apa kelebihan FC Bio Sanitary Pad kepada mereka yang bermasalah senggugut?
Menurut maklum balas pengguna yang bermasalah senggugut, mereka mengalakkan penggunaan FC pantiliner sepanjang 24 jam, haruslah bertukar 3-4 keping pantiliner setiap hari. Segala masalah senggugut atau sakit belakang akan hilang selepas 1 bulan. Akan tetapi setiap wanita mempunyai tahap kesihatan dan masalah senggugut yang berbeza, jadi tempoh pemulihan adalah berlainan mengikut individu.
Keistimewaan Bio-Sanitary Pad
Bio-Sanitary Pad telah dirumus khas dengan herba-herba asli dan mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Tuala wanita yang mempunyai hakcipta selama 20 tahun.
2. Tidak mengandungi peluntur dan Florensen yang mempunyai kesan sampingan, justeru ia selamat untuk digunakan.
3. Liputan 100% kapas yang berkualiti tinggi.
4. Tidak mudah tembus.
5. Amat selesa serta boleh dipakai walaupun pada kulit yang sensitif.
Kebaikan Bio-Sanitary Pad
Bio-Sanitary Pad telah terbukti serta diakui ramai dalam membantu untuk menghindar serta mengatasi masalah-masalah berikut:
1. Sengugut
2. Sakit Pinggang
3. Keputihan
4. Masalah Berbau
5. Membetulkan Pusingan Haid
6. Luka/Kayap/Kurap
7. Asma
8. Demam
9. Sakit Kepala/Tengkuk
10. Migran
11. Sakit Lutut
12. Sakit Belakang Semasa Haid
13. Gatal-Gatal/Berair
14. Barah Rahim/Fibroid
15. Mencegah Jangkitan Kuman di Faraj dan Pundi Kencing
16. Melancarkan Peredaran Darah
17. Masalah Susah Mengandung
18. Merangsang Seks
19. Lebih Bertenaga
20. Mengecutkan Rahim
21. Mengeluarkan Darah Beku Dalam Rahim terutamanya Selepas Bersalin atau Keguguran
22. Dapat Tidur Lena Bagi Yang Susah Tidur
23. Buasir
24. Melecur
25. Stress
26. Sakit Saraf
27. Jaundice (Demam Kuning)
28. Melebatkan Rambut
29. Tidak Datang Haid
30. Sakit Gusi/Gigi
31. Masalah Kencing Tak Lawas
32. Sakit Tapak Kaki
33. Buang Angin
Untuk Kegunaan Lain:
1. Ditampal di Pusat~ Kembung Perut
2. Sebagai Mask Mata/Hidung~ Mengurangkan Selaput/Kataraks/Resdung/Selsema/Hidung Tersumbat/Mabuk Laut
3. Sebagai Pewangi~ Dalam Kasut/Anak Tudung/Topi Keledar
Kegunaan Pad Avail (Luaran):
1. yang guna topi keledar/bertudung:
a) elakkan rambut gugur
b) kurangkan sakit kepala (migran)
c) menyerap haba keluar dari kepala~lekatkan pada topi keledar/tudung
2. demam- lekat di dahi
3. batuk/selsema- lekat di dada/belakang
4. sakit tengkuk, belakang, bahu, pinggang, perut, sembelit, sakit ari-ari
5. bengkak/terseliuh-balut di tempat yang sakit
6. lekat di tapak kaki- dapat ringankan badan
Kegunaan Pad Avail (Dalaman)
1. Sembelit/tak lawas- pakai waktu malam di ari-ari
2. Sengugut- disebabkan saluran dalam rahim tersumbat
3. Mengecutkan rahim dan peranakan
4. Keputihan - tukar setiap 2jam, sebab herba bekerja mengeluarkan kotoran
5. Haid tak teratur-herba bantu memecah saluran darah
6. Resdung- gunting lebar dan lekatkan dihidung pada waktu malam
- kurangkan kegatalan
Kesan-Kesan Awal Setelah Menggunakan PAd Herba Avail
Kesan-kesan awal setelah menggunakan Bio-Sanitary Pad ialah ia akan menyebabkan rasa gatal. Rasa gatal terjadi akibat reaksi herba di dalam Bio-Sanitary Pad ke atas kuman dan ini menunjukkan bahawa terdapatnya jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, penggunaan yang berterusan akan dapat membunuh kuman dan seterusnya mengelakkan dari jangkitan kuman. Setelah bebas dari kuman, risiko untuk mendapat jangkitan yang menyebabkan kebanyakan sakit puan adalah rendah.
TAMBAH RM 5 SAHAJA UNTUK KOS PENGHANTARAN POS LAJU.
GUNA CARA YANG SAMA SEPERTI DI ATAS UNTUK URUSAN PEMBELIAN. TQ