1) Zaman Yunani
a) Sejarah perkembangan
•Bermula sejak 500 SM
•Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam
•Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan
•“ Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk, tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan, maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan ” – (O.Jespersen, 1959)
b) Tokoh
- Plato (427-437 SM)
•Karya : Crystalus
•Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat
•Ayat ialah ‘logos’ yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna
•‘Logos’ terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita)
•Membezakan kata nama dan kata kerja
•Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik)
-Aristotle (384 – 322 SM)
•memperkenalkan kata hubung dan sistem kala ‘tense’ (past tense, present tense)
-Kaum Stoik
•membezakan antara bentuk dan makna
•pembahagian kata : kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel (kata nama khas, kata ganti nama)
•memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Ingeris (go:went:gone)
•memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif, dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif
c)Kelebihan
•pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik
•menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam
d)Kekurangan
•menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi, jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya bahasa itu dianggap tetap, tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki.
2) Zaman Iskandariah
a) Sejarah perkembangan
Merupakan salah satu tanah jajahan Yunani
Sejak abad ke-3 telah berkembang menjadi pusat penyelidikan sastera dan linguistik
Melanjutkan usaha sarjana Yunani
Pengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Malus pada 167 SM
Kemudian dikembangkan oleh Derrentusvaro dalam karyanya ‘De Lingua Latina’
Percaya bahawa bahasa yang dicatatkan dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni berbanding dengan bahasa koloquil mereka sehari-hari
Menumpukan kepada bahasa bertulis berbanding lisan
Melanjutkan usaha ahli tatabahasa kaum Stoik
b) Tokoh
a) Dionysius Thrax
karya : Techne Grammatike
mengkaji berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisinya
mengajar di Rhodes dan Rom
asas tatabahasa dalam Techne Grammatike menjadi asas penulisan buku tatabahasa Eropah kini
menggolongkan kata kepada 8 : kata nama, ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata sendi, kata partikel dan kata seru
dalam bidang fonetik beliau membezakan maksud bunyi dengan maksud bentuk
bunyi digolongkan menurut prinsip-prinsip sebutan
membezakan bunyi ‘r’ dengan ‘l’
dalam bidang sintaksis beliau mentafsirkan ayat sebagai unit deskriptif yang terdiri daripada urutan perkataan yang mempunyai maksud lengkap
c)Kelebihan
•berkembang sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik sejak abad ke-3
d)Kelemahan
••kerja-kerja mencari asal teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan di dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni
•menumpukan kajian terhadap bahasa bertulis sahaja. Tiada usaha untuk membezakan secara tetap antara bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi itu
3) Zaman Rom
a) Sejarah perkembangan
Tidak banyak menghasilkan karya asli, sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baik
Masyarakat Rom banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle
Pengaruh sarjana Iskandariah dan kaum Stoik misalnya boleh dilihat dengan jelas dalam karya M.T.Varro yang mengkaji bahasa Latin
Sarjana Rom meniru model Yunani dari segi pandangan dan andaian terhadap bahasa serta aspek lain yang lebih halus dalam bahasa
Terdapat persamaan antara bahasa Yunani dan Latin iaitu beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor dan sistem kala dikatakan sebagai ciri-ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia
b)Tokoh
a) Appolonius Discollus
☺mengkaji bidang sintaksis berpandukan bahan dalam Techne Grammatike dan penulis terdahulu berkaitan sintaksis
☺menambahbaik huraian Thrax
☺menghurai sintaksis berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, disamping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kata nama dan kata kerja tadi
☺berusaha menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja
☺juga merupakan ahli tatabahasa tradisional yang benar-benar menyedari hakikat penggolongan perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian
b) M.T.Varro (116-27 SM)
☺hidup sezaman dengan Thrax
☺cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalah linguistik beliau dianggap ahli tatabahasa palinh tulen dalam kalangan sarjana bahasa Latin
☺pemikirannya banyak terpengaruh dengan pegangan kaum Stoik
☺berpendapat bahawa bahasa hádala seragam
☺mengkaji bentuk fleksi dan bentuk terbitan
☺dalam bidang morfologi, beliau telah menghurai beberapa kategori tatabahasa tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani terdahulu
c) Priscian (500 TM)
☺karya : Instituciones Grammaticae
☺lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat
☺melanjutkan usaha Thrax dan Appolonius
☺bidang fonetik : penjenisan bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan
☺bidang morfologi : pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan (bagaimanapun kurang memuaskan berbanding kajian oleh Varro)
c)Kelebihan
•menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin
•karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini
d)Kelemahan
• hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah
• cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro)
• penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten, kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik
Selamat membaca! :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
terima kasih
BalasPadamminta izin guna nota ni..
BalasPadamterima kasih :)